Program Maxis eKelas 2019 (Penggal 2)

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 & 20 Julai yang lalu, telah berlangsung Program Maxis eKelas 2019 bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas telah diadakan selama 2 hari, bermula hari Jumaat petang sehingga pukul 6 petang pada hari Sabtu. Program eKelas ini menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pada 20 Julai, pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan berdasarkan silibus yang diajar. Pelajar sangat bersemangat dan memberikan kerjasama dalam menjalankan tugasan semasa kelas berlangsung. Hasil tugasan dimuat naik ke laman Portal eKelas. Pelajar belajar menggunakan `Learning Port` semasa kelas berlangsung.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali